Monday 17 September 2012

CONTOH KARANGAN PERBAHASAN UPSR


Tajuk 1 : Tinggal Di Kampung Lebih Baik Daripada Tinggal Di Bandar

            Assalamualaikum dan salam sejahtera.
            Terima kasih saya ucapkan kepada Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis, barisan hakim yang arif lagi saksama, pihak pembangkang yang disegani serta hadirin sekalian.
            Saya selaku pihak pencadang pertama amat menyokong tajuk perbahasan kita pada hari ini bahawa “Tinggal di kampung lebih baik daripada tinggal di bandar”.
            Sidang hadirin yang budiman,
            Suasana di kampung sunyi dan tidak sebising di bandar yang riuh-rendah. Keadaan ini berlaku disebabkan bunyi kenderaan. Selain itu, udara di kampung bersih, segar, dan nyaman kerana banyak pokok yang menghijau di sekitarnya. Pokok-pokok ini menghasilkan gas oksigen kepada manusia dan haiwan. Jalan raya di kampung tidaklah sesibuk di bandar yang sentiasa saja dibanjiri oleh kenderaan. Di kampung, jalan raya agak lengang kerana kurang kenderaan.
            Di samping itu, masyarakat kampung mengamalkan sikap tolong-menolong. Mereka melakukan kerja secara bergotong-royong, contohnya semasa kenduri-kendara, majlis perkahwinan, dan membersihkan kawasan kampung. Kos perbelanjaan harian orang yang tinggal di kampung adalah lebih murah dan menjimatkan. Mereka hanya perlu membeli bahan-bahan perencah sahaja untuk menyediakan hidangan pada waktu tengah hari. Sayuran, beras, daging, dan buah-buahan, semuanya ada.
            Oleh sebab masa sangat mencemburui saya, saya akhiri perdebatan saya dengan menyatakan dan menegaskan bahawa tinggal di kampung adalah lebih baik daripada tinggal di bandar.
            Sekian, terima kasih.

5 comments:

  1. saya tidak setuju untuk tinggal di kampung kerana dikampung mempunyai banyak nyamuk.

    ReplyDelete
  2. kampung tempat orang miskin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kampung juga yang melahirkan orang yang kaya seperti awak

      Delete
  3. kampung juga yang melahirkan orang- orang kaya seperti awak

    ReplyDelete